Sunday, January 23, 2011

kenapa terlalu susah menjadi seorang aku?

Pernahkah anda menjadi sungguh sentimental? tersentuh bila memikirkan apa yang terjadi...mahu membuat perubahan tapi dalam masa yang sama mampukah terjadi kalau ajal menjemput?




********

Kalau boleh,sempatlah

Sunday, January 16, 2011

Petang terakhir

Kita tak tau bila kita akan mati,tapi macam mana rupa seseorang sebelum ajal?
Biasa?ada tunjuk tanda-tanda? Dari pengalaman aku,aku dapat berbual dengan seseorang dalam beberapa jam sebelum dia meninggal.Aku pun tak tahu itu detik terakhir dan petang terakhir aku dapat berbual dengan arwah..

-Aku boleh ingat mata kau merah,macam orang lepas menangis,bezanya nampak urat halus kat mata putih kau..macam kering,cuma mata hitam kau agak kurang fokus.Mungkin dari apa yang aku dengar.kalau orang nak meninggal 'badan' dia akan tinggal,tapi 'diri' dah keluar tu betul kot?
Ya memang kau tak nak keluar memandu,driver lain pun macam pakat je tolak kat kau.Dan lepas tu memang 10 minit aku yang tuhan bagi untuk ikut kau sampai ke van.
-Kau macam sedih je,atau macam dalam kesakitan tapi kau tetap tak fokus pada sesuatu.Nampak macam kau ada kerja tapi terpaksa tinggalkan untuk sesuatu lebih penting.Masa tu aku rasa simpati sebab aku rasa macam kau dibuli oleh orang lama,memang kita senasib bezanya kita berlainan kerja tapi yang membuli kita tetap orang yang sama.
-Lepas bagi kunci,dapatlah aku berbual ngan kau..rasanya aku yang banyak cakap,kau berdiri senyap.sekali-sekali je kau bercakap.
-Kering darah aku bila dapat call yang kau kemalangan.Sapa nak percaya? beberapa jam je kot baru jumpa kau,dan bila aku sampai cuma jasad ko dah bertutup.tapi aku masih ingat darah pekat atas tar tu. Cukup nak buktikan yang aku tak mimpi...
-Kau dilanggar dari belakang bila van yang kau bawa tiba-tiba mati ditengah-tengah jalan sibuk.Aku tau kau keluar nak cari segitiga memantul cahaya tu,nak letak kat belakang van supaya orang tau van kau rosak.Dan kau tak sempat ambil pun
-Aku tak tau macam mana tapi memang sakit yang amatlah bila tiba-tiba Lori sayur 5 tan menghentam tubuh kau! Ya Allah...itulah janji kita makhluk yang akan kembali pada mu.
-Aku tak boleh dekat untuk tengok rupa kau,aku ngeri! Tengok bakul sayur belakang lori tu berkumpul kat satu tempat,van kau terdorong lebih kurang 5meter kedepan,dan kau kat tengah-tengah...aku dapat bayangkan impaknya
-Malam tu memang panjang aku rasa...


Al-fatihah untuk Arwah

kesunyian yang dah keterbiasaan

Hari ahad sepatutnya hari yang orang tunggu.Gua boosan giler arini,keje tak banyak tapi bosan der...

haihhh...

sale baik2 saja,gua je yang dah tepu duk umah mengadap TV dan FB..gila takda masa depan camni.

-Sunyi senyap itu indah,tapi bila kau dah terbiasa..parah!
-kadang niat kita baik tapi orang salah anggap

takpala...pandangan masing-masing

Dalam dunia sekarang nak cari orang jujur payah..nak jadi jujur pun kau kena berkorban.

gila apa aku taip entry ni kat dalam restoran yang sibuk...tapi aku tak rasa apa-apa

kebasss

Friday, January 14, 2011

Apa jadi harini

-Gua rasa dah makin malas
-FB pun kurang cerita,memang patut tutup
-Gua nak bersenam tapi nak tunggu ada basikal...sementara ni memang tak senam,pemalas
-Blog yang gua follow pun pemalas nak apdate,kecuali sokernet,bukak sokernet tak habis menghanjing Liverpool..apela malang sangat.
-gua terus menulis blog walaupun takda sapa kesah...loser,tapi gua rasa menulis itu tetap best.Banyak cerita tapi kurang masa.Gua nak kasi curah dan simbah kat sini sampai gua kering idea.
-Adik gua datang nak lepak harini,wa dah siapsiap amik cuti.Ajak dia movie bagus gak ni
-Gua geram tengok KAWA en6 fairus tadi,rasa nak kena beli jugak tu.masuk wishlist..basikal lagj,banyak betul..cukup ke kepala agung nanti?
-Susah gak nak konsentret bila talipon ngan notifi FB asik cuit2...alasan
-Gua macam dapat semangat sejak start kurangkan makan..bukan diet tapi gua rasa nak kene kurang pegi mekdi dan kepsi.
-Gile buang masa sapa baca nih..



kalau tercapai hasrat En6 gua nak kene blaja buat donut atau smiley macam kat utiub


ok!

Saturday, January 8, 2011

saya beri awak amaran!

Petang tadi ntah apa punye boring sampai rase nak pegi Melaka tak memasal!
Aku terasa sangat loser bila hari sabtu cuti dan aku cumelah melepak dirumah...oh sungguh sedih!
Rasanye lebih sedih dari cerita-cerita melayu sekarang.
Aku masih dara,janin,damping malam...dengar tajuk pun dah rasa menambah loser! bapak ah! Sori terEmo...memang sedih,sebab mengurangkan keinginan nasfu tonton...nasfu tau!

-gua tenangkan diri dengan berbaring di atas tilam nipis kat ruang tamu.rilek berfesbuk...tiba-tiba henpon berbunyi

gua angkat..

-pompuan:Hanjoi! aku nak tanya apa yang Jinjie buat sampai dia bangun lewat?

-aku:Hah? manalah aku tau?! Kan malam aku keje?

-pompuan:ko tau tak dia sepatutnye keluar ngan aku tadi pukul 1300? tapi pukul 1500 dia baru muncul!! Tak bolelah macam ni!! Aku nak laki aku semula,ko tak payah ajak dia keluar malam-malam!! bla..bla..bla(dah tak berapa nak dengar,macam kebas2 je rasa WTF?)

Ok ini sudah macam sial..
kenapa mesti ayat dia tu kadang buat aku rasa pelik? Laki dia kenapa mesti aku yang disalahkan?
Aku tak GAY,aku ok

Adoi...petang yang teruk, tapi tak sedih sebab aku gelak guling bila aku ceritakan semula kat Jinjie..sambil provoke bahasa utara Bini dia...

Gua rasa cam merampas pulak! KAHKAH..geli woi!

Oh ye..Jinjie adalah Kawan aku dari kecil,baru berkahwin dan baru berpindah.dia mnumpang rumah aku sebab mereka laki bini tengah cari rumah..dan bini dia juga menyewa bersama kawan opis..

Sorila bini Jinjie..Partner in crime kalau dah jumpa memang panjang cerita dan banyak salahlakunye..

end