Saturday, November 20, 2010

Paranormal dan aku

Semua orang termasuk aku selalu dengar cerita-cerita seram atau cerita misteri.Tapi aku tak jumpa pun dikalangan pencerita tu,boleh membuktikan dalam apa bentuk sekalipun
Contohnya macam aku jumpa PONTIanak remaja,tak...langsuir la ganas sikit.Aku terjumpa langsuir di belakang rumah aku,lepas tu besoknya aku bawak kawan-kawan pergi ke tempat kejadian dan siap boleh hai..hai dengan langsuir tersebut..boleh? tak kan? 
So,aku rasa itu cuma cerita dari mulut ke telinga orang yang sudi mendengar

Tapi macam mane cerita itu dari mulut seorang kawan yang kau boleh percaya? kata orang dulu-dulu 'potong ayam' punya cerita..kenapa ayam? aku pun tak tau

Kawan aku seorang diver,penyelam di pelabuhan.aku tak tau sangat tugas beliau ni,yang aku tau kejenya menyelam.dari gambar-gambar koleksinya,dia kira banyak terdedah pada kerja-kerja bawah air selepas dari habis sekolah.takut ketinggian tapi tak gayat dengan kedalaman.
Kebetulan aku dan dia belajar pun tak berapa pandai,abis sekolah masing-masing bawak haluan.dan aku tak sangka dia memilih kerja menyelam.tapi aku tak heran sebab dari zaman ponteng sekolah,kami memang selalu memilih sungai dan kawasan air terjun untuk menyembunyikan diri.terasa seperti John Rambo pulak,siap perang tanah liat..bakar ayam curi,tapi siap sembelih ikut hukum syarak! yang sembelih-sembelih ni tak boleh buat main- main sedangkan aku rasa ayam tu dah haram pun...ok ok dah melalut dah cerita.
   So,bagi seorang diver yang diupah mengikut jam dengan gaji yang sungguh lumayan,tapi dengan risiko yang tinggi juga.Kadang-kadang bila bekerja dengan company yang sangat  kedekut,alatan yang ala kadar.memang menghantar nyawa..tapi demi duit dan mahu hidup seperti orang lain,selam ajelah..
Member aku ni pernah berada bawah perut kapal pada waktu 3pagi,dengan jarak penglihatan kurang 1 meter..beliau ternampak seorang tua sembunyi di belakang blok batu (blok ini digunakan untuk menyokong kapal bila air dipam keluar dock.Pi tengok discovery untuk pengetahuan lebih lanjut) dengan jarak yang sungguh dekat,nampak rambut panjang dan keputihan beralun lembut..macam rumpai air.dan jelas wajah orang tua yang sungguh biasa takda taring ke,mata merah ke...just orang tua biasa tersenyum menjengok dari belakang bongkah batu.tangan yang kurus menolak badanya keluar dan masuk semula macam ber 'baa cak' dengan seorang budak kecik.
Keadaan sungguh jelas dengan bantuan lampu suluh.
Orang tua,kedalaman 80kaki lebih,dalam dock memang cuma ada diver dan bukan macam kat Port dickson sume orang boleh menyelam dan berenang sesuka hati kat kawasan tu,ok?
"Pernafasan aku terus kacau sebab nervous giler,air masuk dalam google dan hidung.apa yang aku fikir macam ni ke kejadian orang yang lemas nak timbulkan diri tapi kaki ditarik?ini ke makhluknya? di dock ini jugelah ada seorang PRO yang mati dibawah kapal,sungguh pelik bila seorang yang dah biasa menyelam tak jumpa jalan keluar dari bawah kapal.sedangkan ada tali dan kompas,boleh mati tanpa tersangkut apa-apa.aku terus naik,takda cerita banyak sebab lutut dah gigil dan siap terkincit dalam seluar"
   
WOW! macam manalah kalau aku yang tak reti berenang ni berada di tempat beliau? sungguh terkesan jugaklah cerita beliau...risau jugak aku nak pegi mandi laut lepas ni...ececeh mandi pun kat tepi-tepian

Tapi pengalaman beliau tak lah macam aku yang lebih dasyhat,ngeri dan terbawak-bawak dalam mimpi..

Rumah bujang aku cuma ada 1 bilik air,ketika aku baru berpindah ke rumah ni..lampu bilik airnya tak boleh dipadam,kalau padam..akan jadi lampu disko,berkelip-kelip ikut tempo lagu korn,so aku amik kputusan untuk tak mematikan suis selama sebulan.tapi bila kawan-kawan datang dan tak tahu semua asik padam dan hidupkan sampai la meletup balast lampunya..
Bilik air aku tak berlampu...
rumah flet,baru pindah sebulan lebih..takda tangga or kerusi yang boleh digunakan untuk memanjat.so masing-masing cari cara sendiri la,ada yang pakai lilin..ada yang bawak henpon NOKIA yang ada LED sebagai lampu picit tu.dan akhir sekali kitaorang beli Lighter yang ada lampu kat bawahnya tu.dan ditinggalkan terus kat dalam bilik airnya..senang kan? nak berak cuma bawak rokok dan takyah sesusah lagi terus boleh suluh muka picit jerawat depan cermin dengan lighter alaf baru ni?  
Mula-mula agak lawak bila ada yang tegur 'hoi! kau tak tutup lampu bilik air!!'
dan keadaan jadi tak lawak bila lampu tu sememangnya menyala walaupun memang sudah pasti dimatikan suisnya,terpukau ke apa ni?

memang aku sendiri dah betul-betul pasti lampu tu dah dimatikan..

Lighter tu buatan china...biasalah,barang china kan? nak sedapkan hati

tapi sekarang budak rumah aku dah biasa dengan kegelapan...semua perkara dalam bilik air dibuat dalam gelap

Wednesday, November 10, 2010

Terbaik...boleh ke jadi baik?

kawan aku cakap dia lepas kawin,anak sorang,laki bini keje,perbelanjaan meningkat..bukan sebab kelahiran anakya,tapi dia berhabisan untuk anaknya.dari makanan sampailah ke ubat-ubatan.semua nak yang paling bagus,brand terbaik.untuk diri sendiri biasa-biasa sudah.

Bapak aku dulu mak long aku cerita tenang je(nenek aku meninggal masa bapak aku kecik)
Takyah nak vitamin C alphabet yang ada rasa oren.minyak ikan kod bagai..sebab kesempitan idup,pernah masa dia baby minum susu pekat manis je (wow! gua rasa nak nangis) tapi alhamdulillah...berjaya juga dia.Gua respek bapak gua!! 

Sunday, November 7, 2010

yang aku nampak,kau datang menangis

Gua kecewa dengan lu,gua diketawakan,gua dicop hilang,gua direndah-rendahkan..
Tapi hari ini gua boleh bagi lu nasihat bersabar,gua dijadikan kawan mengadu,gua dicari ketika hati sedih menangis..

Ini sebab gua dah dewasa atau apa yang gua dapat dari lu?

Gua dah takda rasa...

the other guy with gurl

Hari Ahad...smua orang cuti,dan gua boleh tercuti juge hari ni,buat ape pun boring sensorang.Sayid pun dah membadak,makin bertambah badaklah..
Terbangun dalam cuaca gerimis pada petang Ahad,lepas mandi pegi makan..pun boring makan sensorang.nampak couple bebudak sekolah kemain mesra menambahkan lagi boring.Apsal la aku tak ada awek,kalau tak bole temankan makan di hari Ahad yang bosan nih..aku terus sound bebudak Hagas tu...
"korang ni kemain masyuk bercinta,ko pasti ke tu jodoh ko?...dari tadi terkepit-kepit,tu cium-cium tangan tu stone bau klorok ke?dah cukup duit nak sara anak orang?"

tapi aku sound dalam hati...sebab aku matang apa.

Balik umah,menyandar...teringat member kat BP,memikirkan masalah sosial yang tak bole selesai dengan menyanyi lagu 'kalau berpacaran'sekarang nih..aku rasa patutlah aku bertanya kabar merisikkabar sebab aku member yang prihatin.terus call:

"Beb apa projek?"
Gua dengar bunyi macam orang tolak-tolak meja,tapi suara bergema macam dalam hotel murah

"gua sibuk sikit,tolong orang..apahal?"
Ada dengar suara pompuan..halus, tapi macam pendek je ayat dia sebut pastu trus senyap

"Takdelah beb,tetiba terGAY plak tringat kat lu..lu dah lain,setau gua lu pemalas.sekarang hari Ahad lu rajin tolong orang,baguslah..tak termakbul doa gua,sebab gua terpikir yang bukan-bukan tadi"

Dengar bunyi kaki meja ditolak setempat

"Takdalah,kawan-kawan...takkan tak tolong kan? lu katmane ni? tak balik ke?"

"Kalau aku balik boleh tolong kau sekali ke?"

"Hehehe..."
Bunyi macam kentut pun ada

"Bukan apa..gerak hati kawan-kawan ni kadang-kadang betul"
aku tak mahu panjangkan cerita...

ketawa-ketawa..letak

Aku rasa macam dengar 'Lagi'

Issshhh...diorang tengah susun meja tu

Wednesday, November 3, 2010

Hitam putih 2

ADIGUN

1.Batuk macam orang tua,kadang-kadang dia boleh batuk selama 15minit non stop
2.Pergerakkan lambat
3.Selalu kena pukul,badan dah keras macam tenggiling
4.Boleh menurun nombor ekor
5.Bahan bulian budak bilik


Petang tu Adigun berehat dengan tenang..takda sapa kacau memandangkan budak bilik buat kerja luar.Sambil menggosok dada dia menyandar kedinding.dalam sel ada 5 orang penghuni  sedang mengupas bawang,buang taik ikan bilis dan tangkai lada...Persiapan untuk makan tengahari besok,masing-masing tekun dan sangat senyap


 "Siaaal!!!"
GEDEGANGGG!!! bunyi Gril besi yang menjadi pintu sel di 'tapak' oleh Yazid,budak bilik

"Rokok aku hilang! Ni semua salah kau..patutnya ko tak payah kemas katil aku pagi tadi,BODOH!"

Semua makin tekun..tak angkat muka

Yazid budak bilik yang tak pandai berlawak
tengah angin.Memang bukan salah Adigun,tapi menyiksa beliau amat menyeronokkan pada Yazid

"Kau ambik bawang tu! kunyah sampai abis"

Adigun patuh..tak payah nak bagi jawapan atau alasan,memang dia tak boleh lari

Aku tak pernah tengok orang makan bawang besar macam Epal Fiji,airmata Adigun yang mengalir bukanlah sebab sedih..tapi pedih kena gas bawang.

Tamat penyiksaan tu Adigun sendawa bau Twisties

Tuesday, November 2, 2010

Kenapa saya belum kahwin lagi?

Yaa...kenapa saya belum kahwin-kahwin walaupun usia sudah hampir lepas suku abad? (jiran aku cakap aku muda lagik sebab anak dia dah 36 pun blum kawin2,tapi aku tak 36 tau)

Kenapa sedara mara,kawan2 tak jemu2 tanya? jadi disini aku buat sedikit rumusan.kalau korang tanya,aku jawap kat sini je:

1.Merasa masih belum mampu memikul tanggungjawap

Kawan-kawan pompuan yang dah kahwin banyak menyumbang pada perkara ni..mana yang dah setahun dua kahwin,pastu boleh pulak mengadu tak bahagia lah,laki ada pompuan lain lah..yang pelik tu,dalam berantakkan tu mengandung lagi! kehkeh.rezeki ye tak?..aku masih nak enjoy,tapi tak melampaulah hidup foyapoya aku (yeke?) ataupun aku juga bakal jadi seperti laki laki mereka? Aku cuba jadi fleksibel nanti ; )

2.Pengalaman kecewa 

GAY! HoH HohHooooo...
Seriusnya...Reality bites bebeh!
Sebagai lelaki harus kuat,bukan bercakap macam bagus...Tapi memang ada yang putus asa dengan cinta sampai nak membunuh diri,kan? Ada...takkan takda.
Jadi...sekalung bunga balung ayam kepada anda yang membaca  jika anda tidak rasa terguris sedikit pun dengan pengalaman cinta pertama.Ini semua dugaan kecil..ombak kecik je.Takble nak surf pun! ok cukupla membangga diri tu..

3.Belum jumpa yang sesuai

Sumpah aku bukan memilih,serius! Aku tak berapa nak pandang rupa sebab aku pun bukanlah jenis yang terhangat dipasaran..tapi manis tu ada.hsssnf!hsssnf! (bernafas laju).Dan aku mendapat cinta pertama yang mempunyai paras paling elok yang aku rasa...kalau bole mahu macam tu selepasnya? boleh? Eh! dah macam komik KARTINI pulak? NO! NO! NO! taklah...Aku belajar 'rupa bukan segalanya'...pekerti tu penting.Kalau ada rupa dan pekerti lagi baguz..pakej

4.Kewangan

Tapi pada aku ini takdelah besar sangat...oh! ops! jangan bercadang nak rompak aku.Aku memang takda RM20k cash..tapi bank ada.
Jangan risaulah...kalau hati sudah mahu,apa pun boleh diturutkan..PEH! ini dah macam ayat brader Love

5.Kerjaya

Yang ni paling loser...beb! Mat gian pun bole kahwin! Member aku penah cakap camtu.
BETUL..
Mereka-mereka yang dah keje GOV,ataupun punya kerjaya yang mantap bole skip part ni senang je, aku ni sekolah menengah pun tak abis.Tapi aku tak penah buat ini semua alasan..cuma aku nak sikit teguh je dalam kerja
Hidup adalah tentang keseimbangan..cayolah!

5 cukuplah...kalau tanya lagi, aku kalis apa

Saturday, October 30, 2010

Hitam putih 1

Ya Allah! begitu besar kuasamu.kau beri aku kekuatan,kau beri jua aku kelemahan..

Kau beri aku akal..kau beri juga aku nafsu,untuk aku pilih pacuan ku.

Kau beri aku saudara,kau juga beri aku dunia sunyi.
Hanya aku yang memburukkan diriku,sedangkan kau beri aku sempurna...

Ya ALLAH...jadikan aku orang yang bersyukur



"sekarang lu nampak ini petak? lu punya baju tak boleh lebey ini petak...ini macam kasi lipat"

laju je budak India depan aku lipat baju yang dah rupa kain kesat meja.ini pelajaran pertama aku disini..

sampai sekarang aku masih tak suka lipat baju.gantung je walaupun spender

Apa maksud 'blood' pada aku

Hari ni aku cuti..
Mood nak berjalan memang kuat.
tambah kuat pulak bila aku tau jiji nak datang.tak true la kalau dah kawin lepak cuma sampai Nightline dah abis! kan?
Ayid Pathology berjaya boleh la!


Menjelajah kedai Mapley kat area Sri kembangan cari breakpes sampai la malam supper kat Pantai Dalam.pukul 2 pagi..baru bujang! yang bujang aku aje sebenarnya..tapi memang berbaloi,sebab aku balik dah tak payah termenung dulu baru dapat tido.(penat derr,tido nyenyak)
'Menjelajah' mencari sarapan tu betul punya ceruk aku rasa masuk.walaupun rumah flet tinggi-tinggi tapi lot kedai kat bawah diapunya pintu, habuk sikit punya tebal(lot ni terbiar kosong)biasa tempat camni memang sesuai untuk kilang CD pirate atau makmal proses dadah.terpencil dan aman
Rasa macam kat Arab pun ada bila nampak signboard tulisan jawi siap bendera Iraq,2-3 ekor kucing berjoging menambah efek tempat yang aman tanpa takut dikejar anjing.Tapi, kat kawasan macam tu boleh jumpa Mapley yang sambal nasi lemak dia ada bau daun limau Tom yam.dia punye pekat sambal..biji lada pun kurang,cukup rasa! (henpon gua rosak,kalau tak bole kasi lu orang tengok gambar)

Memang puas hatilah kalau dapat lepak dengan member dari kecik-kecik seharian..banyak cerita,banyak terkutuk,banyak pengalaman hidup dan yang paling best,idea..
aku memang dah tersejat idea bila hari-hari buat benda sama.kene banyak berbual dengan orang-orang baru,atau member-member lama yang sudah mula buat benda-benda baru..ataupun sebenarnya baru nak mula buat perkara baik.dulu bukan tak baik,dah sadar tak betul tapi buat jugak...(untuk orang-orang macam aku)

Tuesday, October 26, 2010

gadis baik

"aku rasa Nissan Fairlady 350z tu dah murah"


"apsal?"


"Dah ramai yang pakai,ko tengokla..."


Perlahan je kereta Halim bergerak kat Jalan Bukit Bintang malam tu.

Monday, October 25, 2010

STOP BUYING....adopt

Malam tu macam biasa balik keje memang dah tak tau mana nak pegi..jam baru pukul 12 lebih sikit.

Kenapalah Batu Pahat ni tak macam New York? kalau tak mesti sekarang tengah meriah tengok lampu-lampu..(jadah ape tetengah malam nak tengok lampu neon je kan?)

Baik aku pegi rumah Saho mana tau ada member yang tak jumpa jalan balik rumah..

Dengan pantas dan tuntas aku yang dah sampai Traffic light Wira Court terus belok ke arah Bukit pasir...Seperti yang dijangka...bila aku belok ke simpang rumah saho,ngam-ngam lampu motor aku menyuluh kedepan balik.... dah ada 3 orang member melepak...yesss!! ada kaki

Cantik je aku parking motor siap-siap....tempat pertama aku pegi mestilah longkang depan umah saho,sambil bukak zip seluar aku dengar suara ahmang dan pais rongak citer pasal pengalaman meng 'ayam-ayamkan' abang polis kat bandar masa diorang pusing-pusing tadi...aku sempat menoleh tapi gaya dah macam bomba nak padam rumah terbakar....aku nampak Saho yang tengah terbaring kat jalan tar (bukan jalan tunku abd rahman tu ye..bukan! tapi jalan yang bertar) sambil baring dia angkat pala skit...sial skodeng gua nak berhadas

"Oi! ko minum Tongkat Ali tadi kan? takyah nak kencing dekat-dekat sini, pegi dalam semak sane!!"

aduuuh!!!...potong syol,gigil dan senak bila hajat terbantut...bayangkanla perasaanya macam malam pertama....Pengantin perempuan dah londehkan baju pastu tetiba rumah terbakar....dia punye bengkek memang tak boleh cakaplah...(yang aku pelik camner dia bleh tau aku minum tongkat Ali??) syol!! kantol la ni tagging kat dinding longkang

Saho terus baring semula...kat tangan beliau masih memegang Inhaler...mamat ni semput,tambah-tambah pulak sekarang dia banyak dapat order buat airbrush...napas dia dah macam Darth Vader PISSHH!!POSHHHH!PISSHHPOSHH

OK..siap sudah,dengan senyum riang aku berjalan ke tempat diorang lepak..

"Rumah aku dah banyak cencorot sekarang.....abis kelapa,kotak kat kedai bapak aku rabakrabik" kata saho yang dah duduk pulak

"ko cube letak daun Durian Belanda" kata Pais rongak

"Tak pun ko terai letak orang Belanda" Ahmang keluarkan method
tenang je dia terbaring atas seat RXZ...debar kene kejar polis tadi tak ilang lagi agaknye

"Daun DURIAN BELANDA?...boleh ke?" jawap Saho sambil garu pale lutut dengan muncung Inhaler.buat-buat tak dengor apa yang Ahmang cakap

"Betul gak ho...aku ada dengor petua tu,ko cubelah"
aku bersuara bila agak lama berdiam sejak kene sound tadi

Kami terus berbincang pasal cara-cara menghalau Cencorot dah macam masalah dunia,semua ada pendapat tapi macam biasa Ahmang tetap menang....memang saja kasi dia menang sebab ada je ayat lawak yang boleh potong statement kitaorang

tengah cerita-cerita...

'CriiITTT....CriiITTT'

Bunyi yang memang kena ngan tajuk perbincangan,dalam gelap malam yang cume terang kena lampu jalan...nampak sepasang anak cencorot berlari masuk kedalam lubang tak jauh dari semak tempat aku 'membaja' rumput-rumput dan kangkong..mungkin baru balik 'shuffling' kat kedai bapak Saho

Saho terus bangun sambil mencari-cari batu..

"Nanti.....nanti,rilek....,korang kasi alih motor jauh sikit" kata Ahmang sambil menyalakan rokok

aku tengok tenang je Ahmang pegi ke RXZ beliau sambil menadah minyak petrol dengan botol Oren bodoh (nama mesra untuk air Oren Lam net dan ianya buatan Batu Pahat beb!)

macam dah tau apa idea Ahmang semua dah senyum-senyum

Saho dah ketawa semput terbatuk sambil pegang dada

sambil bebel-bebel Ahmang curahkan petrol kedalam lubang...tak cerita banyak Ahmang terus baling kotak rokok yang dibakar hujung kedalam lubang rumah cencorot yang takda pintu

VUUUUPPP!!! bunyi api menyambar petrol....,api makin tinggi

selang beberapa minit anak cencorot keluar berapi-api..dengar jelas suara decitdecit yang agak high pitch

memang terang jugaklah kawasan sekitar bila anak cencorot berlari tak tentu hala....

tapi memang aku ketawa tak ingat tengok Saho gelabah gila.bila anak cencorot yang terbakar, sedang sprint test kearah kereta bapak beliau...

Kan baik diorang tangkap,bela dalam sangkar je anak menatang tu....?


ok...ok cencorot tak kiut macam Hamster..

Friday, March 12, 2010

aku hidup happy je...

Malam sabtu
depan stesen minyak
pukul 2130 waktu puchong

Bunyi sms dari henpon buat aku terperanjat dan berdebar...
jangan dari skandal...tolongla
tipah yang duduk disebelah pandang penuh makna..
sms dari adik lelaki aku rupenye

"Boy lupa nak ckp,bulan depan balikla k nur tunang"

hah??...bulan depan nak tunang aku baru tau?

aku terus dail nombor bapak aku sambil drive keluar dari petrol pump yang sesak,tipah membebel-bebel tapi aku dah tak dengar.Leka dengar lagu caller ringtone bapak aku..Seroja nyanyian mawi,kira ok la....sbelum ni akak aku letak lagu MCR-THE BLACK PARADE...agak muda mudi

Lepas bagi salam bual-bual lebih kurang barula aku ke topik

"Kenapa tak cakap?"

"Kan ke lama lagi bulan depan.." cool je suara

"kau macam mane?"

"nanti balikla"

"bukan...mak kau tanya,kau macam mana? Nak sekali tak?"

"Nak tunang ngan sape?"

"Eh,mana tau kau....dengan orang la!!"

aku ngan bapak aku ketawa sama-sama

muka tipah makin masam...jalan yang sesak pun aku rasa lapang je

malam ni mesti macam tengok wayang ngan patung kayu....!! mesti!

Friday, January 15, 2010

Hari baru setiap hari

Dah masuk tahun baru,dulu buat blog berazam nak menulis...hampeh gak!
Alhamdulillah ada gak masa dalam tahun ni nak menulis,
banyak yang dilalui,skit masa untuk diabadikan kat sini...biasanya dah makin pagi makin meracau la aku.Malam ni errr...dah pagi pun! mata agak susah nak tidur,
Skarang masa untuk lihat kebelakang sikit untuk dibuat perbezaan ngan apa yang aku ada skarang,kmajuan dan kemerosotan,kejayaan dan kegagalan,hilang dan jumpa atau berganti, sejauh mana dapat aku ubah...memang tak bole dinafikan hari yang aku lalui makin boring sebab pertambahan berat badan yang ekstrem..baru timbang tadi wah!wah! naik mendadak sampai dah lebih zaman obes kini dah obes kembali...dah la cerita pasal berat badan tu,macam mimpi ngeri plak...tapi dengan pertambahan tu tak dinafikan aku makin malas,suka tidur...sesuatu yang kena kikis tahun ni
Tahun baru,masih dibulan yang baru...kalendar pun baru koyak kertas pembukaan yang kaler pink tu...cerita yang masih baru untuk pembukaan tahun baru,isu kalimah Allah,gempa bumi,gula naik tapi tak berapa nak perasan sebab ada isu yang lebih sensasi...Aku malas nak amik tau tu sume
Keje agak slow skit untuk bulan ni...tengah budak2 IPT cuti ni memang biasala,masalahnya aku tak buat persediaan untuk itu...so,terpaksalah aku duduk diam2 pada masa sepatutnya aku bole pergi bergembira rilek2 ngan kawan2...syal! Hopefully tahun depan post agak lain la...sedang menulis di atas pangkin di Bali ke....wah,wah engkau! berangan pulak!!!!
tapi aku memang perlukan cuti...nak hilangkan tension,mandi2 laut,mancing ke,jalan2 cuci mata sesuatu yang aku tak berkesempatan dan memang tak dapat2 buat....

Moga 2010 membawa kelainan dalam kehidupan aku


Mata dah makin kelat,Azan suboh pun dah nyaring..moh le,smayang